Thursday, March 26, 2009

Harga ayam turun mulai hari ini

KUALA LUMPUR 26 Mac — Harga ayam daging turun sebanyak 40 hingga 55 sen sekilogram di seluruh negara mulai hari ini, menurut pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong di sini.

Harga ladang ayam hidup turun daripada RM3.70 kepada RM3.30 sekilogram, harga borong daripada RM4.40 kepada RM4 sekilogram dan harga runcit daripada RM5.10 kepada 4.70 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini, harga borong ayam bersih turun daripada RM5.20 kepada RM4.70 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala dan hempedal turun daripada RM6 kepada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM7.40 kepada RM6.90 sekilogram.

Beliau berkata harga turun disebabkan keadaan kewangan dan ekonomi sekarang yang dihadapi negara.

“Tidak dapat dielakkan harga ladang telah turun selaras dengan kekurangan dalam permintaan,” tambahnya. - Bernama

Wednesday, March 25, 2009

Beri Peluang Kepada DS Najib Memacu Negara Sebagai PM



Gambar: Utusan Malaysia (25 Mac 2009)

*************************************

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.

Harapan seluruh rakyat Malaysia semoga peralihan kuasa akhir Mac ini berjalan dengan baik. Semoga DS Najib mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak dahulu selaku Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar calon Parlimen Bukit Gantang



Gambar: Utusan Malaysia (24 Mac 2009)

************************************

Apa dah jadi dengan kesepakatan pakatan pembangkang? Nampaknya cakap-cakap atau cadangan Dato' Nik Aziz Nik Mat kini semakin dipinggirkan pakatan.

Calon yang dicadangkan oleh beliau tidak dilayan oleh pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang telah memilih DS Nizar Jamaluddin sebagai calon Parlimen Bukit Gantang bagi menghadapi PRK P.059 pada 7 April nanti. Meskipun Nizar adalah wakil rakyat PAS namun beliau bukanlah calon yang menjadi pilihan Nik Aziz. Pencalonan Nizar adalah atas sokongan kuat PKR dan DAP.

Jelas kelihatan taring Nik Aziz kini semakin tumpul. Nik Aziz tidak lagi berjaya mempengaruhi keputusan serta perhatian sekutunya. Bukan setakat dipinggirkan parti pakatan pembangkang yang lain bahkan beliau turut mendapat tempias dalam pentadbiran PAS sendiri. Ini kerana di dalam PAS sendiri telah wujud tim atau kumpulan 'Erdogan' yang menyokong penuh perjuangan DS Anwar Ibrahim dan ada juga kumpulan yang menyokong Presiden PAS, DS Hj. Hadi Awang yang ingin bergabung satu hasrat dan satu matlamat dengan parti BN.

Kepimpinan PAS dan pakatan pembangkang khususnya semakin tidak stabil ekoran wujud pelbagai konflik dalaman dan percanggahan pendapat sesama mereka.

Monday, March 23, 2009

Samy Vellu kekal Presiden MIC


Sumber gambar: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

Nizar bekas MB yang mabuk kuasa



Pada 22 Mac lalu, pakatan pembangkang telah mengadakan acara lelongan 5 serpihan plak peringatan sidang DUN kerajaan passola mereka di bawah rimbunan pokok yang sama. Pokok jemerlang itu menjadi saksi kepada peristiwa yang dianjurkan oleh bekas MB Perak, DS Nizar Jamaluddin yang masih lagi mabuk kuasa dan perasan bahawa dirinya masih memegang jawatan MB Perak.

Sungguh kelakar kerana ada yang sanggup membeli serpihan plak tersebut dengan harga yang tinggi. Inilah mereka-mereka yang begitu taksub dengan dakyah dan perjuangan pakatan pembangkang. Hairan sungguh mengapa mereka masih belum sedar akan kelemahan dan keburukan kerajaan pasir berdengung pakatan pembangkang?

Pembangkang hina Sultan, Mufti

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

*************************************

Pakatan pembangkang masih mengekalkan tradisi mereka dengan berkempen secara tidak sihat dan bertaktik kotor. Agenda memfitnah dan memburuk-burukkan personaliti individu tertentu dan pemimpin kerajaan menjadi mainan mereka sejak dahulu lagi bagi meraih sokongan pengundi serta meracun pemikiran rakyat.

PAS selaku parti yang dicerminkan sebagai sebuah parti Islam seharusnya tidak melakukan perbuatan seperti ini mahupun bersekongkol dengan parti-parti komponen pembangkang lain yang begitu rakus menghina Raja Melayu (Sultan Perak) dan Mufti Perak. Perbuatan ini jelas semakin merendahkan martabat Institusi Raja, orang Melayu dan agama Islam khususnya.

Matlamat dan perjuangan PAS kini dilihat seolah-olah sebagai boneka parti PKR dan DAP kerana PAS menurut sahaja arahan serta telunjuk pakatan pembangkang itu.

Thursday, March 19, 2009

PPSMI wajar diteruskan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula menjadi bahan kempen pakatan pembangkang menjelang pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang, Perak.

Apatah lagi apabila wujud gerakan mansuh (GMP) PPSMI yang didokongi oleh pejuang-pejuang bahasa kebangsaan maka semakin rancaklah pihak pembangkang meracun dan mempengaruhi rakyat agar menolak usaha kerajaan untuk meneruskan PPSMI.

Saya bukanlah anti bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan saya seharian. Bahasa Melayu merupakan bahasa mother tongue saya. Malah majoriti rakyat Malaysia berjaya menguasainya dengan baik walaupun mereka bukan orang Melayu.

Tetapi secara peribadi, saya sangat menyokong pelaksanaan PPSMI ini kerana:

* Keputusan peperiksaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Sains danMatematik telah menunjukkan peningkatan.
* Pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memudahkan pemahaman pelajar. Mereka lebih cepat menangkap kerana soalan dalam bahasa Inggeris lebih ringkas.
* Buku-buku rujukan Sains dan Matematik lebih banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
* Kita tidak banyak golongan pakar penterjemah untuk menterjemah terma-terma sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
* Selari dengan anjakan paradigma, kita harus memantapkan generasi muda bagi melahirkan golongan bijak pandai Sains dan Matematik untuk bersaing di persada dunia.
* Kesan jangka panjang apabila telah berjaya menguasai dunia Sains dan Matematik, golongan ini boleh menulis atau menerbitkan buku-buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu untuk pengajaran dan rujukan.

Oleh yang demikian, golongan yang menentang PPSMI perlu memandang isu ini dengan lebih positif. Bahasa Melayu tidak dipinggirkan dan bahasa Melayu tetap menjadi salah satu subjek utama penentuan keputusan peperiksaan.

Bahasa Melayu tetap merupakan Bahasa Kebangsaan. Jangan dipolitikkan isu PPSMI sehingga menjejas dan merugikan pendidikan serta kejayaan masa depan anak-anak anda.

Karpal Singh tidak kebal undang-undang

Ketua parti DAP, Karpal Singh tidak habis-habis bercakap lantang mengenai institusi raja berperlembagaan. Dilihat beliau seboleh-bolehnya ingin meruntuhkan institusi raja-raja Melayu dan membiarkannya berkubur. Tidakkah beliau sedar institusi raja-raja Melayu adalah merupakan payung dan lambang warisan negara ini? Lambang sebuah negara yang berdaulat?


Acap kali Karpal Singh mencabar dan menghina sultan dengan kenyataan-kenyataannya yang mengguris hati serta sanubari orang Melayu yang begitu mendokong institusi raja-raja Melayu. Beliau bercakap tentang undang-undang kononnya bahawa beliau begitu arif dengan undang-undang negara. Tetapi kini lihatlah, beliau sendiri telah didakwa di mahkamah kerana mengeluarkan kenyataaan berbaur hasutan dalam satu persidangan media berkaitan Paduka Seri Sultan Perak. Jangan perasan dirinya kebal kerana memegang status seorang peguam.

Karpal Singh tidak seharusnya menggunakan saluran imuniti sebagai seorang Ahli Parlimen untuk bercakap celupar dengan sewenang-wenangnya. Beliau patut ingat, Ahli Parlimen/wakil rakyat berperanan untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan kebajikan rakyat dan negara. Bukannya mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Monday, March 16, 2009

Selangor MB declares his salary but no info on his assets

KUALA LUMPUR: Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim may have no car or house loans to service but he depends on his RM47,222 monthly salary to support his family of five, according to a Selangor government portal.

Under the loans and liability section, Khalid typed out that he has none. The declaration also showed no information on his personal assets like the value of his home, cars and other valuables.

Early this year, Khalid came under fire for allegations that his Toyota Lexus 4WD was bought using Kumpulan Darul Ehsan Bhd’s (KDEB) funds.

He was quoted as saying he paid for the Lexus using his own money in July 2007 before he became Mentri Besar.

In his asset declaration form, Khalid stated that he is also chairman of a few subsidiary companies of the state government and his earnings would be posted after a statement of income (EA) was released.

It was also stated that he has an asset management company but it was no longer in operation and did not bring any returns.

Earlier, there was difficulty accessing the Mentri Besar’s statement when the declarations of the Selangor state exco were posted online on www.selangor.gov.my last Friday.

Khalid said it was due to a computer glitch and his declaration would be up latest by today or tomorrow.

But a check by The Star showed that his declaration was up yesterday.

Meanwhile, Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong, who has no dependants, or car or house loans, has chalked up credit card bills amounting to RM16,811.69 and pays RM2,000 a month for the credit card bills.

She earns RM17,722.08 a month from her salary and allowances as an assemblyman and exco member.

She also obtains a monthly interest of RM30 from her savings account.

The youngest exco member in the list, Seri Kembangan assemblyman and state DAP chairman Ean Yong Hian Wah, posted a description of a two-and-a-half-storey terrace house he bought for RM575,800 last year.

But when it came to declaring the income of his wife, who is a director of a private company, the space was left blank.

His monthly income is RM23,222.08, which includes salary and allowances.

Source: The Star Online (March 16, 2009)

*******************************************

Tan Sri Khalid Ibrahim wajib mengisytiharkan jumlah nilaian kesemua aset peribadi beliau bukan setakat memaklumkan jumlah gaji dan elaun yang diterima sebagai MB Selangor.

Tindakan beliau ini dilihat tiada ketelusan dalam diri untuk mengisytihar hartanya. Jika beliau benar-benar seorang pemimpin yang telus dan ingin menjadi contoh kepada pemimpin yang lain serta rakyat, Khalid Ibrahim patut memulakannya dulu.

Khalid Ibrahim tidak perlu bimbang dan takut jika hartanya yang melimpah-ruah diketahui masyarakat kerana beliau sendiri boleh memberi penjelasan bila dan di mana harta-harta tersebut diperoleh. Jangan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Rakyat kini semakin bijak, makin disorok makin seronok pula untuk dikorek ceritanya sehingga ke akar umbi.

Plak Pakatan Rakyat dirobohkan

YB Nizar di samping plak peringatan sebelum dirobohkan oleh MBI.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi semalam bertindak merobohkan plak peringatan yang dibina di bawah pokok Jemerlang yang menjadi lokasi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Mac lalu.

Plak itu dirobohkan selepas notis yang dikeluarkan oleh MBI tidak diendahkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di negeri ini.

Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tindakan tersebut diambil selaras dengan notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bertarikh 13 Mac lalu.

Katanya, plak peringatan terbabit yang berada di rizab jalan di Jalan Persiaran Istana itu didirikan tanpa kebenaran MBI dan sudah diberi tempoh 24 jam kepada pemilik atau pihak yang membinanya supaya meruntuhkan strukturnya dengan sukarela.

"Pembinaannya bercanggah dengan Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Segala kos memusnahkannya akan ditanggung oleh pihak yang membinanya,'' kata jurucakap itu kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kos tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat MBI hari ini.

Sumber: Kosmo (16 Mac 2009)

***************************

Pakatan Rakyat tidak seharusnya beremosi dan perlu berlapang dada dengan perobohan plak peringatan Sidang DUN bawah pokok mereka pada 3 Mac lalu. Ini kerana mereka sendiri yang membina batu peringatan itu tanpa kebenaran MBI. Apabila disuruh roboh, arahan MBI hanya dipandang sebelah mata.

Pakatan Rakyat perlu sedar sidang DUN bawah pokok kerajaan pasir berdengung mereka bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Perak dan Malaysia amnya.

Rakyat juga kini sudah muak dengan tindak-tanduk mereka yang semakin lama semakin menyesakkan fikiran. Banyak lagi perkara yang boleh PR sumbangkan jika benar-benar ingin berbakti dan berkhidmat kepada rakyat. Bukannya dengan mencipta dan memprovokasi isu-isu murahan.

Thursday, March 12, 2009

Anak nelayan dapat 20A dalam SPM

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.

Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. - Utusan

*************************

TAHNIAH DAN SYABAS NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL ATAS KEJAYAAN SAUDARI MEMPEROLEH 20A DALAM SPM 2008. SEMOGA KECEMERLANGAN SAUDARI INI AKAN MEMBAKAR SEMANGAT ANAK-ANAK MELAYU LAIN. SAUDARI TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA FAKTOR LATAR BELAKANG KELUARGA YANG MISKIN BUKANLAH PENGHALANG UNTUK MERAIH KEJAYAAN.

PM nafi berbincang dengan anwar

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat kelmarin.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau menghadiri majlis itu atas undangan seorang tokoh agama, Syeikh Mahmud al-Majzub sempena sambutan ke-40 Ritual Building Strength.

"Saya dijemput dan saya pergilah, dan semasa kami sedang makan tengah hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang. Beliau dijemput duduk dan menikmati hidangan. Itu saja.

"Tidak ada perbincangan. Syeikh Mahmud ada memberi pandangan kepada saya mengenai pelbagai masalah dunia sekarang dan menekankan keperluan pemimpin negara ini bersikap adil dan memastikan keamanan.

"Dia (Syeikh Mahmud) cakap dengan saya, dia tak cakap dengan Anwar. Tidak lebih daripada itu,'' katanya kepada pemberita semasa melawat pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar dekat sini. - Bernama

****************************

Semoga perkara ini tidak dipolitikkan atau dijadikan isu oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Niat murni YAB PM memenuhi undangan hadir ke majlis keagamaan tersebut tidak harus diprovokasi kononnya ada agenda tersembunyi dengan DSAI. Jangan cepat melatah dan membangkitkan syak wasangka yang tidak berasas.

Bajet Mini 2009: Pakej Rangsangan Ekonomi RM60 Bilion

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 Bilion bagi merangsang ekonomi negara seperti yang telah dibentangkan oleh TPM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Mac lalu.

Pakej rangsangan ekonomi kedua ini dibentangkan selepas empat bulan pembentangan pakej rangsangan ekonomi pertama dahulu dengan peruntukan sebanyak RM7 Bilion.

Peruntukan sebanyak RM60 Bilion ini merupakan jumlah yang terbesar dalam sejarah negara. Tujuan utamanya adalah untuk merangsang kegiatan ekonomi negara dan mengelak daripada terjejas teruk ekoran daripada krisis kemerosotan ekonomi dunia paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Penumpuan pakej adalah terhadap empat perkara teras iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan.

Pakej yang menitikberat kebajikan rakyat ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Soseh-soseh 3 pilihan raya kecil 7 April 2009

Pada 7 April 2009 ini tiga pilihan raya kecil akan dilangsungkan serentak iaitu di Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Ai (Sarawak). Pilihan raya kecil Bukit Gantang (PAS) dan Batang Ai (BN) diadakan ekoran daripada kematian penyandangnya manakala Bukit Selambau (PKR) disebabkan oleh peletakan jawatan penyandangnya.

Menurut sumber kini ketiga-tiga kawasan tersebut telah mula terasa bahang kehangatan menjelang pilihan raya kecil. Ada beberapa DUN yang telah dijadikan sasaran utama pihak pembangkang bagi meraih sokongan pengundi.

Nampaknya pembangkang begitu pantas dan agresif memancing undi penduduk kawasan-kawasan berkenaan. Mungkin mereka takut akan kehadiran dan serangan gerak kerja jentera parti BN yang kini semakin bersemangat waja serta bersungguh-sungguh ingin mengembalikan zaman kegemilangan BN.

ANWAR IBRAHIM PEJUANG MELAYU?

Saya rasa begitu terpanggil untuk meminta anda pembaca-pembaca blog yang arif lagi bijaksana untuk menonton video youtube mengenai perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Sila tonton video youtube yang bertajuk ANWAR IBRAHIM SELAMATKAN MALAYSIA.

Berilah penilaian anda. Namun pendapat peribadi saya, saya merasa amat sedih dengan hala tuju perjuangan beliau.

Wednesday, March 11, 2009

Rangsangan RM60 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Pakej rangsangan menyeluruh, menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran itu menumpukan kepada empat teras, iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat; membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa; dan membina keupayaan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya di Dewan Rakyat semalam, berkata peruntukan pakej itu, yang bersamaan sembilan peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan terbesar dalam sejarah ekonomi negara, akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

Bagi agihan berdasarkan teras pula, RM2 bilion diperuntukkan bagi teras pertama, RM10 bilion (teras kedua), RM29 bilion (teras Ketiga), dan RM19 bilion (teras keempat).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, saiz perbelanjaan itu akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan naik kepada 7.6 peratus tahun ini daripada anggaran 4.8 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan menampung defisit lebih tinggi yang akan dibiayai oleh sumber dalam negara.

Beliau menegaskan, pakej rangsangan kedua itu perlu dilaksanakan kerana krisis ekonomi global semasa, bermula daripada krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2007 membawa kesan yang jauh lebih meluas serta mendalam, dan setakat ini masih belum nampak tanda pemulihan.

Malah, katanya, lebih separuh ekonomi utama dunia, terutama di AS, kawasan Eropah serta Jepun, telah mengalami penguncupan ekonomi paling buruk sejak 'Kemelesetan Terburuk' pada 1930-an.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif itu mula memberikan kesan ke atas ekonomi negara dalam suku keempat tahun lalu dengan eksport dan pengeluaran industri mula merosot dan pelaburan berkurangan, manakala sentimen pengguna juga turut terjejas.

Persekitaran ekonomi global bagi tahun ini dijangkakan lebih sukar dengan AS, iaitu ekonomi dan negara perdagangan terbesar dunia, diramal mengalami pertumbuhan ekonomi negatif 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus, dan Jepun negatif 2.6 peratus.

Di rantau ini pula, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus.

"Malaysia kini berdepan keadaan ekonomi amat mencabar yang memerlukan kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK. Namun, Kerajaan yakin bajet asal 2009 dengan peruntukkan RM206 bilion serta pakej rangsangan pertama berjumlah RM7 bilion ringgit dan pakej kedua ini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.

"Jika usaha ini tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan serius. Dengan langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka dalam lingkungan -1 peratus hingga satu peratus," katanya.

Sementara itu, di bawah teras pertama iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, kerajaan antara lain akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta, mengisi 63,000 jawatan di pelbagai agensi kerajaan dan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang mengambil pekerja yang diberhentikan.

Kerajaan juga akan menampung kos yuran pengajian masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM20,000 bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dan sarjana serta mengembangkan skop skim Prosper Siswazah.

Bagi teras kedua pula, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM674 juta sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung, selain RM480 juta supaya kadar tol lebuh raya tidak dinaikkan.

Sebanyak RM200 juta pula diperuntukkan sebagai peruntukan tambahan kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd untuk membina rumah mesra rakyat, sementara bagi membantu pembeli rumah, kerajaan akan memberikan pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun.

Bagi menambahkan lagi pendapatan rakyat, kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berlandaskan Syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini dengan kadar pulangan lima peratus setahun.

Untuk membantu syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, kerajaan antara lain akan menubuhkan Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri masing-masing dengan dana RM5 bilion; serta sebuah Institusi Jaminan Kewangan dengan modal awal RM1 bilion.

Bagi menggerakkan sektor automotif, kerajaan bersama dengan Proton dan Perodua mewujudkan skim pelupusan kereta di mana pemilik sebarang jenama kereta yang mahu melupuskan kereta berusia lebih 10 tahun akan diberikan diskaun RM5,000 bagi membeli kereta baru.

Najib turut mengumumkan yang kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional sebanyak RM10 bilion yang akan dilaburkan dalam projek impak tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang; mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara di luar bajet; serta penyediaan dana sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan projek melalui Inisiatif pembiayaan Swasta (PFI).

*Peruntukan pakej dilaksana dalam tempoh 2 tahun

*Kerajaan terbit bon tambah pendapatan rakyat


Sumber: Berita Harian (11 Mac 2009)