Thursday, March 26, 2009

Harga ayam turun mulai hari ini

KUALA LUMPUR 26 Mac — Harga ayam daging turun sebanyak 40 hingga 55 sen sekilogram di seluruh negara mulai hari ini, menurut pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong di sini.

Harga ladang ayam hidup turun daripada RM3.70 kepada RM3.30 sekilogram, harga borong daripada RM4.40 kepada RM4 sekilogram dan harga runcit daripada RM5.10 kepada 4.70 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini, harga borong ayam bersih turun daripada RM5.20 kepada RM4.70 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala dan hempedal turun daripada RM6 kepada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM7.40 kepada RM6.90 sekilogram.

Beliau berkata harga turun disebabkan keadaan kewangan dan ekonomi sekarang yang dihadapi negara.

“Tidak dapat dielakkan harga ladang telah turun selaras dengan kekurangan dalam permintaan,” tambahnya. - Bernama

Wednesday, March 25, 2009

Beri Peluang Kepada DS Najib Memacu Negara Sebagai PM



Gambar: Utusan Malaysia (25 Mac 2009)

*************************************

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.

Harapan seluruh rakyat Malaysia semoga peralihan kuasa akhir Mac ini berjalan dengan baik. Semoga DS Najib mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak dahulu selaku Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar calon Parlimen Bukit Gantang



Gambar: Utusan Malaysia (24 Mac 2009)

************************************

Apa dah jadi dengan kesepakatan pakatan pembangkang? Nampaknya cakap-cakap atau cadangan Dato' Nik Aziz Nik Mat kini semakin dipinggirkan pakatan.

Calon yang dicadangkan oleh beliau tidak dilayan oleh pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang telah memilih DS Nizar Jamaluddin sebagai calon Parlimen Bukit Gantang bagi menghadapi PRK P.059 pada 7 April nanti. Meskipun Nizar adalah wakil rakyat PAS namun beliau bukanlah calon yang menjadi pilihan Nik Aziz. Pencalonan Nizar adalah atas sokongan kuat PKR dan DAP.

Jelas kelihatan taring Nik Aziz kini semakin tumpul. Nik Aziz tidak lagi berjaya mempengaruhi keputusan serta perhatian sekutunya. Bukan setakat dipinggirkan parti pakatan pembangkang yang lain bahkan beliau turut mendapat tempias dalam pentadbiran PAS sendiri. Ini kerana di dalam PAS sendiri telah wujud tim atau kumpulan 'Erdogan' yang menyokong penuh perjuangan DS Anwar Ibrahim dan ada juga kumpulan yang menyokong Presiden PAS, DS Hj. Hadi Awang yang ingin bergabung satu hasrat dan satu matlamat dengan parti BN.

Kepimpinan PAS dan pakatan pembangkang khususnya semakin tidak stabil ekoran wujud pelbagai konflik dalaman dan percanggahan pendapat sesama mereka.

Monday, March 23, 2009

Samy Vellu kekal Presiden MIC


Sumber gambar: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

Nizar bekas MB yang mabuk kuasa



Pada 22 Mac lalu, pakatan pembangkang telah mengadakan acara lelongan 5 serpihan plak peringatan sidang DUN kerajaan passola mereka di bawah rimbunan pokok yang sama. Pokok jemerlang itu menjadi saksi kepada peristiwa yang dianjurkan oleh bekas MB Perak, DS Nizar Jamaluddin yang masih lagi mabuk kuasa dan perasan bahawa dirinya masih memegang jawatan MB Perak.

Sungguh kelakar kerana ada yang sanggup membeli serpihan plak tersebut dengan harga yang tinggi. Inilah mereka-mereka yang begitu taksub dengan dakyah dan perjuangan pakatan pembangkang. Hairan sungguh mengapa mereka masih belum sedar akan kelemahan dan keburukan kerajaan pasir berdengung pakatan pembangkang?

Pembangkang hina Sultan, Mufti

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

*************************************

Pakatan pembangkang masih mengekalkan tradisi mereka dengan berkempen secara tidak sihat dan bertaktik kotor. Agenda memfitnah dan memburuk-burukkan personaliti individu tertentu dan pemimpin kerajaan menjadi mainan mereka sejak dahulu lagi bagi meraih sokongan pengundi serta meracun pemikiran rakyat.

PAS selaku parti yang dicerminkan sebagai sebuah parti Islam seharusnya tidak melakukan perbuatan seperti ini mahupun bersekongkol dengan parti-parti komponen pembangkang lain yang begitu rakus menghina Raja Melayu (Sultan Perak) dan Mufti Perak. Perbuatan ini jelas semakin merendahkan martabat Institusi Raja, orang Melayu dan agama Islam khususnya.

Matlamat dan perjuangan PAS kini dilihat seolah-olah sebagai boneka parti PKR dan DAP kerana PAS menurut sahaja arahan serta telunjuk pakatan pembangkang itu.

Thursday, March 19, 2009

PPSMI wajar diteruskan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula menjadi bahan kempen pakatan pembangkang menjelang pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang, Perak.

Apatah lagi apabila wujud gerakan mansuh (GMP) PPSMI yang didokongi oleh pejuang-pejuang bahasa kebangsaan maka semakin rancaklah pihak pembangkang meracun dan mempengaruhi rakyat agar menolak usaha kerajaan untuk meneruskan PPSMI.

Saya bukanlah anti bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan saya seharian. Bahasa Melayu merupakan bahasa mother tongue saya. Malah majoriti rakyat Malaysia berjaya menguasainya dengan baik walaupun mereka bukan orang Melayu.

Tetapi secara peribadi, saya sangat menyokong pelaksanaan PPSMI ini kerana:

* Keputusan peperiksaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Sains danMatematik telah menunjukkan peningkatan.
* Pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memudahkan pemahaman pelajar. Mereka lebih cepat menangkap kerana soalan dalam bahasa Inggeris lebih ringkas.
* Buku-buku rujukan Sains dan Matematik lebih banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
* Kita tidak banyak golongan pakar penterjemah untuk menterjemah terma-terma sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
* Selari dengan anjakan paradigma, kita harus memantapkan generasi muda bagi melahirkan golongan bijak pandai Sains dan Matematik untuk bersaing di persada dunia.
* Kesan jangka panjang apabila telah berjaya menguasai dunia Sains dan Matematik, golongan ini boleh menulis atau menerbitkan buku-buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu untuk pengajaran dan rujukan.

Oleh yang demikian, golongan yang menentang PPSMI perlu memandang isu ini dengan lebih positif. Bahasa Melayu tidak dipinggirkan dan bahasa Melayu tetap menjadi salah satu subjek utama penentuan keputusan peperiksaan.

Bahasa Melayu tetap merupakan Bahasa Kebangsaan. Jangan dipolitikkan isu PPSMI sehingga menjejas dan merugikan pendidikan serta kejayaan masa depan anak-anak anda.