Tuesday, August 19, 2008

Kuota UiTM taktik PKR pancing undi

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera, bertujuan memancing undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu memberi gambaran seolah-olah bukan Bumiputera selama ini tidak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya di negara ini. Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak adil, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN), sejak 1996 sudah membuka peluang pendidikan yang seluas-luasnya untuk semua kaum.

“Saya melihat memang itulah tujuan mereka kerana sebahagian besar Melayu dan Islam menyokong Umno dan Pas. Jadi untuk PKR mendapat sokongan, mereka cuba meraihkan sokongan kaum Cina dan India dengan melontarkan idea UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. “Jadi janganlah sebab isu UiTM ini nak menidakkan apa yang dilakukan dan diperjuangkan Umno dan BN selama ini, seolah-olah kita menyekat peluang bukan Bumiputera.

“Ini memberi gambaran tidak adil dan tidak tepat sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Sama Gagah di sini, semalam.
Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid meninjau empat rumah daif di kampung itu yang memerlukan pembelaan sewajarnya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana graduan universiti itu tidak mesra kaum lain, tidak berkualiti, tiada persaingan dan tidak global.

Najib berkata, isu pendidikan tidak boleh dilihat kepada UiTM saja, tetapi dalam konteks lebih luas merangkumi perubahan sektor pendidikan negara dan Dasar Pendidikan Negara yang membuka ruang seluas-luasnya kepada semua kaum. Beliau memberi contoh penggubalan undang-undang yang membenarkan kolej swasta dan universiti swasta ditubuhkan di negara ini ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1996.

Sumber: Berita Harian

************************************************************************
Kepimpinan PKR begitu gemar mencetuskan isu berbentuk perkauman. Acap kali juga mereka amat suka mengguris perasaan kaum bumiputera khususnya Melayu. Tidakkah mereka sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa UiTM telah melahirkan ramai tokoh terkemuka tanah air?

Standard UiTM adalah sama tinggi dengan universiti tempatan yang lain walaupun hanya dipelopori oleh golongan bumiputera. Jangan pandang sebelah mata perihal ini. Universiti inilah yang telah banyak menabur jasa kepada pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera.

Yang pasti, cadangan 10% kuota UiTM ini adalah merupakan taktik kotor PKR untuk meraih undi daripada kaum bukan bumiputera khususnya Cina dan India bagi menyokong DSAI dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Oleh itu jangan sesekali anda terpengaruh dengan cadangan PKR yang tidak mengambil peduli tentang sensitiviti maruah dan kepentingan orang Melayu ini.

1 comment:

Anonymous said...

salam...

yg pastinya..tindakan student uitm memang tak profesional...ini ke minded pelajar yg bergelar universiti...berdemo tak tentu hala..ape function MPP rase2nye...nie tak heret skali buat demo..

ingat sket la duit pinjaman n biasiswa korang tu hasil himpunan income tax sape jugak...

nanti da graduate,nak mintak keje kat syarkat melayu je ke...tak ke akan hinggap ke syarikat yg owner nye bukan melayu gak...adoi..korang gak yg masak nanti..

sorrylah..tapi relevannya tidak di situ..
isu2 kuota dah bermain sejak dulu..
mrsm,sbp,matrix,jpa...tade sape pon nak kecoh...

"maaf andai ade tersilap kata"