Saya rasa begitu terpanggil untuk meminta anda pembaca-pembaca blog yang arif lagi bijaksana untuk menonton video youtube mengenai perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.
Sila tonton video youtube yang bertajuk ANWAR IBRAHIM SELAMATKAN MALAYSIA.
Berilah penilaian anda. Namun pendapat peribadi saya, saya merasa amat sedih dengan hala tuju perjuangan beliau.
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Thursday, March 12, 2009
Monday, August 18, 2008
DSAI juga patut bersumpah
Dengan nama Allah S.W.T Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI. Beliau bersumpah sambil memegang Al-Quran serta mengadap kiblat disaksikan bapanya dan salah seorang Imam Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Saiful Bukhari telah mengotakan janjinya untuk berbuat demikian demi menegakkan hak dan keadilan terhadap beliau agar tidak lagi difitnah dan dicemuh penyokong DSAI yang mendakwa pendedahan itu sebagai karut dan semata-mata ingin mengaibkan DSAI.
Oleh yang demikian saya amat berharap agar DSAI turut membuat akuan bersumpah bahawa dirinya tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut sekali gus dapat membersihkan namanya di mata masyarakat. Selagi DSAI tidak bersumpah selagi itulah masyarakat akan mempercayai bahawa berita tersebut adalah benar. Jika tidak bersalah, Anwar Ibrahim tidak perlu takut dan gusar. Tiada apa-apa perkara yang akan berlaku terhadap beliau dan seluruh keluarganya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya.
Kepada para penyokong DSAI, mohonlah pemimpin anda membuat akuan bersumpah seperti mana Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saya percaya anda sekalian sayangkan beliau, maka pujuklah beliau untuk menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil.
Friday, August 1, 2008
Tanding PR Kecil Permatang Pauh: DSAI Alih Perhatian Kes Liwat
Keputusan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 1999 tidaklah terlalu mengejutkan. Ramai yang telah menduga dari awal lagi bahawa beliau akan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas keluar daripada tahanan penjara. Cuma rakyat menunggu masa sahaja bila ianya akan berlaku. Sementelah lagi itulah kerusi atau kubu kuat untuk Anwar Ibrahim bertanding semula.
Anwar Ibrahim pula seolah-olah cuba mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan isu kes liwatnya yang hangat umpama 'goreng pisang panas' atau kes 'yang terhangat di pasaran'. Beliau mungkin beranggapan apabila sibuk berkempen untuk bertanding Pilihan raya Kecil Permatang Pauh nanti, rakyat akan lupa terhadap kes sodomi tersebut.
Sebenarnya tidak semudah itu. Masyarakat Malaysia kini bukan lagi berfikiran masih di takuk lama. Semuanya bijak-bijak belaka dalam menilai dan memperhalusi sesuatu perkara. Umum mempertikaikan mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian DNA. Jika beliau benar-benar tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu, beliau tidak seharusnya takut.
Sesungguhnya keputusan beliau untuk bertanding ini adalah terlalu tergesa-gesa dan Anwar kini dilihat tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...
Subscribe to:
Posts (Atom)

