Tuesday, January 20, 2009

Ekonomi gawat, kadar jenayah naik

KUALA LUMPUR - "Naik di antara dua hingga lima peratus."

Itu ramalan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mengenai kadar jenayah ekoran kegawatan ekonomi global.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang percaya kadar jenayah bakal meningkat apabila ramai orang kehilangan pekerjaan.

Lam Thye menjelaskan, antara kes jenayah yang dijangka mengalami kenaikan ialah jenayah melibatkan pecah rumah pada siang hari, ragut dan rompakan.

"Trend jenayah di negara ini kebiasaannya akan naik apabila terdapat kegawatan ekonomi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Walaupun begitu, beliau menyarankan supaya setiap isi rumah lebih menitikberatkan keselamatan diri sendiri, keluarga dan harta benda.

"Pencegahannya amat mudah, jangan wujudkan peluang kepada penjenayah," jelasnya.

Namun di sebalik langkah yang disarankan kepada isi rumah, Lam Thye menegaskan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan merangsang ekonomi negara.

Petikan: Kosmo Online (20 Jan. 2009)

*********************************

Bacaan ramalan kenaikan kadar jenayah jika berlaku kegawatan ekonomi ini memang menakutkan! Dikhuatiri apabila hilang punca pendapatan dan tiada arah, ada yang mengambil jalan singkat melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang negara. Lebih dahsyat lagi apabila kes jenayah itu melibatkan kecederaan dan pembunuhan.

Semoga kesan kemelesetan ekonomi global tidak begitu menular di Malaysia. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih efisien bagi merangsang ekonomi negara dan pendapatan rakyat masih boleh mengimbangi situasi kelembapan ekonomi dunia.

BN perlu ubah pendekatan berpolitik: Najib

PUTRAJAYA: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) digesa bangkit dan kembali menyusun strategi melakukan perubahan diri dan paeti demi kesejahteraan bangsa serta tanah air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, semua warga BN harus mengubah pendekatan berpolitik agar diterima rakyat.

"Kita tak boleh berterusan duduk dalam zon selesa, sebaliknya kita perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan kita berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat," katanya ketika melancarkan buku Politik Baru karya Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian Online (20 Jan. 2009)

********************

Kekalahan BN di tangan pembangkang, PAS pada Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN.

Namun begitu kita tidak seharusnya menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa jua atas kekalahan BN ini. Pandangan yang rasional perlu diketengahkan.

Mesej jelas yang ingin disampaikan hasil daripada keputusan pilihan raya kecil ini ialah BN khususnya UMNO perlu bangkit dengan semangat baru, memperbaiki segala kelemahan, nyahkan segala konflik dalaman, kukuhkan parti, berjuang dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

Strategi berpolitik juga perlu seiring dengan peredaran masa. Rakyat kini semakin bijak dan mentaliti mereka bukan lagi di takuk lama. Di samping itu pengaruh golongan muda untuk menyertai parti BN/UMNO jangan sesekali diabaikan. Mereka adalah kekuatan.

Tuesday, January 6, 2009

GAZA: TUN DR. M

Sumber: www.chedet.com

1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.

5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.

6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.

****************************

PBB perlu bertindak segera dalam menangani kemelut serangan ganas Israel ke atas Palestin. Begitu juga dengan negara-negara kuasa besar dunia yang lain. Israel kini semakin mengganas dan menunjukkan kekuasaannya dengan bertubi-tubi menyerang dan membunuh rakyat Arab Palestin menerusi jalan darat mahupun udara. Ramai yang telah terkorban. Anak-anak kecil, wanita dan orang tua turut menjadi mangsa. Bangunan dan penempatan juga habis musnah.

Saya bersetuju dengan saranan Tun Dr. Mahathir. Meskipun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata menyerang Israel bagi membantu Palestin tetapi kita boleh membantu dengan cara memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat secara selektif dan kecil-kecilan. Kita mungkin tidak dapat memboikot semua keluaran negara-negara tersebut memandangkan mereka merupakan antara negara pengeluar terbesar dunia.

Kita juga boleh menghulurkan sumbangan yang termampu kepada tabung kemanusiaan khusus untuk membantu penduduk Palestin.

Tiga calon bertanding di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Setelah proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima kertas penamaan bagi tiga orang.

Pada kertas penamaan yang dipamerkan untuk proses bantahan, tiga calon tersebut ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat, 45.

Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk bertanding pada pilihan raya itu iaitu calon Bebas, Isma Airsath dan Maimun Yusuf tidak kelihatan sehingga tamat proses penamaan calon itu. - Utusan

Monday, January 5, 2009

Kempen serang peribadi tiada sambutan

KUALA TERENGGANU: Pembangkang semakin terhimpit apabila kaedah serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak mendatangkan hasil menyebabkan kepemimpinannya terpaksa meminta bantuan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk mencari isu sebagai modal kempen.

Wan Ahmad Farid berkata, pembangkang masih terkial-kial mencari dan mencipta isu untuk dijadikan modal berkempen selepas kempen menerusi serangan peribadi terhadap beliau tidak mendapat sambutan.

Katanya, sebelum ini isu hukum hudud juga tidak mendapat sambutan menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada isu lain termasuk melakukan serangan peribadi menerusi ceramah dan blog.

"Mereka cuba pula menggunakan isu nasional termasuk harga minyak, tetapi kita dimaklumkan pengundi sendiri marahkan mereka kerana lupa bahawa kerajaan sudah beberapa kali menurunkan harga minyak.

"Kita menerima laporan, pemimpin pembangkang termasuk Pas disergah pengundi apabila membangkitkan semula isu kenaikan harga minyak ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah, selain mencanangkan isu berkenaan dalam ceramah mereka," katanya selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Cina, di sini, semalam.

Turut sama, Penasihat MCA, Tan Sri Low Yin Pin dan Pengerusi MCA negeri, Toh Chin Yaw.

Wan Ahmad Farid yang akan meletakkan jawatan Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri hari ini, berkata pengundi di Kuala Terengganu sudah muak dengan isu yang ditimbulkan secara bermusim oleh pembangkang.

"Kita tengok apakah isu nasional yang akan dibawa PR, saya rasa pada asalnya mereka memilih melakukan serangan peribadi secara berterusan kepada kita... mereka tuduh dan kata macam-macam termasuk melalui laman blog dan ceramah.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Farid berkata, kerajaan tidak pernah mendabik dada mengatakan BN adalah kerajaan yang sempurna kerana masih banyak perkara yang perlu diperkemas dan diperbetulkan.

Bagaimanapun katanya, BN adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar rintihan rakyat serta bertindak mengatasinya.

Sumber: Berita Harian (5 Januari 2008)

************************************

Jelas rakyat sudah muak dengan dakyah palsu dan tipu muslihat pakatan pembangkang. Bahan kempen mereka tidak lagi berjaya mempengaruhi minda pengundi-pengundi. Hukum hudud, kenaikan harga minyak...sudah menjadi isu basi.

Kini PAS pula tercari-cari isu apa yang patut dibangkitkan bagi menentang Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon BN dalam PRK P.036 pada 17 Januari depan setelah kempen menyerang peribadi Datuk Wan Ahmad Farid tidak mendapat sambutan. PAS benar-benar telah ketandusan idea sementelah merasakan kemenangan PRK ini akan memihak kepada BN.


Kepada pengundi-pengundi Kuala Terengganu, pilihlah yang terbaik demi kesejahteraan dan kebajikan anda serta keluarga. Selamat Mengundi.

Friday, January 2, 2009

TOP TEN GAY OF THE YEAR

SOURCE: WWW.MASTERDEDAH.COM



THERE ARE THE MOST WANTED MAN. EVERY PERVERT FINDING THEM FOR THEIR WONDERFUL NIGHT. SHE BOY, SHE MALE OF THE YEAR. WANNABE ONE OF THEM...

**************************

CITRA ADORA:

HMMM...PILIHLAH YANG MANA SATU IDAMAN KALBU.