Tuesday, January 20, 2009

Ekonomi gawat, kadar jenayah naik

KUALA LUMPUR - "Naik di antara dua hingga lima peratus."

Itu ramalan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mengenai kadar jenayah ekoran kegawatan ekonomi global.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang percaya kadar jenayah bakal meningkat apabila ramai orang kehilangan pekerjaan.

Lam Thye menjelaskan, antara kes jenayah yang dijangka mengalami kenaikan ialah jenayah melibatkan pecah rumah pada siang hari, ragut dan rompakan.

"Trend jenayah di negara ini kebiasaannya akan naik apabila terdapat kegawatan ekonomi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Walaupun begitu, beliau menyarankan supaya setiap isi rumah lebih menitikberatkan keselamatan diri sendiri, keluarga dan harta benda.

"Pencegahannya amat mudah, jangan wujudkan peluang kepada penjenayah," jelasnya.

Namun di sebalik langkah yang disarankan kepada isi rumah, Lam Thye menegaskan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan merangsang ekonomi negara.

Petikan: Kosmo Online (20 Jan. 2009)

*********************************

Bacaan ramalan kenaikan kadar jenayah jika berlaku kegawatan ekonomi ini memang menakutkan! Dikhuatiri apabila hilang punca pendapatan dan tiada arah, ada yang mengambil jalan singkat melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang negara. Lebih dahsyat lagi apabila kes jenayah itu melibatkan kecederaan dan pembunuhan.

Semoga kesan kemelesetan ekonomi global tidak begitu menular di Malaysia. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih efisien bagi merangsang ekonomi negara dan pendapatan rakyat masih boleh mengimbangi situasi kelembapan ekonomi dunia.

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis,

dah lumrah dalam mana2 negara bila ekonomi merosot.. jatuh merundum... mata wang dah tak ada nilai... harga barang naik... pemberhentian pekerja....memang secara automatik akan banyaklah jenayah yang berlaku....

Sebab ape LU PIKIR LA SANDIRI... tapi kita kena gak faham satu teori bila ekonomi merosot takkan kita sangup lagi menyumbang ketidakstabilan negara hingga sanggup GADAI NEGARA.

BERTAHAN adalah bukti kita setia kepada NEGARA.....

Anonymous said...

Kemelesetan Ekonomi = Peningkatan Kadar Jenayah = Keresahan Politik

Saya juga bersetuju dengan elemen pertahanan diri dan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara yang seharusnya menjadi perhiasan diri dulu, kini dan selamanya...