Sumber: www.chedet.com
1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.
2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.
3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.
4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.
5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.
6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.
****************************
PBB perlu bertindak segera dalam menangani kemelut serangan ganas Israel ke atas Palestin. Begitu juga dengan negara-negara kuasa besar dunia yang lain. Israel kini semakin mengganas dan menunjukkan kekuasaannya dengan bertubi-tubi menyerang dan membunuh rakyat Arab Palestin menerusi jalan darat mahupun udara. Ramai yang telah terkorban. Anak-anak kecil, wanita dan orang tua turut menjadi mangsa. Bangunan dan penempatan juga habis musnah.
Saya bersetuju dengan saranan Tun Dr. Mahathir. Meskipun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata menyerang Israel bagi membantu Palestin tetapi kita boleh membantu dengan cara memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat secara selektif dan kecil-kecilan. Kita mungkin tidak dapat memboikot semua keluaran negara-negara tersebut memandangkan mereka merupakan antara negara pengeluar terbesar dunia.
Kita juga boleh menghulurkan sumbangan yang termampu kepada tabung kemanusiaan khusus untuk membantu penduduk Palestin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya amat bersetuju dengan candangan TUN DR Mahathir Mohamad iaitu memboikot barangan keluar Israel termasuk sekutunya Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha untuk menghalang mereka daripa terus mengganas terhadap palestin. Mungkin juga ada cara lain. Justeru, sama-samalah kita memikirkannya.
Post a Comment