KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat kelmarin.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau menghadiri majlis itu atas undangan seorang tokoh agama, Syeikh Mahmud al-Majzub sempena sambutan ke-40 Ritual Building Strength.
"Saya dijemput dan saya pergilah, dan semasa kami sedang makan tengah hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang. Beliau dijemput duduk dan menikmati hidangan. Itu saja.
"Tidak ada perbincangan. Syeikh Mahmud ada memberi pandangan kepada saya mengenai pelbagai masalah dunia sekarang dan menekankan keperluan pemimpin negara ini bersikap adil dan memastikan keamanan.
"Dia (Syeikh Mahmud) cakap dengan saya, dia tak cakap dengan Anwar. Tidak lebih daripada itu,'' katanya kepada pemberita semasa melawat pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar dekat sini. - Bernama
****************************
Semoga perkara ini tidak dipolitikkan atau dijadikan isu oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Niat murni YAB PM memenuhi undangan hadir ke majlis keagamaan tersebut tidak harus diprovokasi kononnya ada agenda tersembunyi dengan DSAI. Jangan cepat melatah dan membangkitkan syak wasangka yang tidak berasas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment