Thursday, March 19, 2009

PPSMI wajar diteruskan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula menjadi bahan kempen pakatan pembangkang menjelang pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang, Perak.

Apatah lagi apabila wujud gerakan mansuh (GMP) PPSMI yang didokongi oleh pejuang-pejuang bahasa kebangsaan maka semakin rancaklah pihak pembangkang meracun dan mempengaruhi rakyat agar menolak usaha kerajaan untuk meneruskan PPSMI.

Saya bukanlah anti bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan saya seharian. Bahasa Melayu merupakan bahasa mother tongue saya. Malah majoriti rakyat Malaysia berjaya menguasainya dengan baik walaupun mereka bukan orang Melayu.

Tetapi secara peribadi, saya sangat menyokong pelaksanaan PPSMI ini kerana:

* Keputusan peperiksaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Sains danMatematik telah menunjukkan peningkatan.
* Pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memudahkan pemahaman pelajar. Mereka lebih cepat menangkap kerana soalan dalam bahasa Inggeris lebih ringkas.
* Buku-buku rujukan Sains dan Matematik lebih banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
* Kita tidak banyak golongan pakar penterjemah untuk menterjemah terma-terma sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
* Selari dengan anjakan paradigma, kita harus memantapkan generasi muda bagi melahirkan golongan bijak pandai Sains dan Matematik untuk bersaing di persada dunia.
* Kesan jangka panjang apabila telah berjaya menguasai dunia Sains dan Matematik, golongan ini boleh menulis atau menerbitkan buku-buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu untuk pengajaran dan rujukan.

Oleh yang demikian, golongan yang menentang PPSMI perlu memandang isu ini dengan lebih positif. Bahasa Melayu tidak dipinggirkan dan bahasa Melayu tetap menjadi salah satu subjek utama penentuan keputusan peperiksaan.

Bahasa Melayu tetap merupakan Bahasa Kebangsaan. Jangan dipolitikkan isu PPSMI sehingga menjejas dan merugikan pendidikan serta kejayaan masa depan anak-anak anda.

2 comments:

Anonymous said...

Amat bersetuju PPSMI diteruskan. Biar buku-buku rujukan hanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Siaran di televisyen pun hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Baru maju, nak maju mesti berubah. Pelajaran pendidikan Islam pun wajar dalam bahasa Inggeris. Lihat parti UMNO yang begitu maju kerana ia guna singkatan daripada bahasa Inggeris.

Mana ada orang Umno yang tidak maju. Syabas UMno.

Anonymous said...

Patut tanya pada murid-murid yang terlibat samada mereka lebih selesa belajar sains & matematik di dalam bahasa ibunda atau bahasa inggeris. Yang nak belajar anak-anak kita bukannya orang-orang tua yang ada kepentingan peribadi...