Pembangkang bercakap lagi mengenai AUKU. Isu lama saban tahun kita dengar. Walaupun soalan-soalan bertubi-tubi dilontarkan oleh MP pembangkang dari Batu Gajah, Kubang Kerian dan beberapa lagi, namun Menteri Pengajian Tinggi dengan penuh bersahaja berjaya menjawab setiap persoalan pembangkang.
Suka saya melihat gaya menteri menjawab. Beliau tidak beremosi seperti MP pembangkang yang cepat melatah dan melenting. Sebaliknya beliau menjawab dengan tenang dan tertib.
Bercerita tentang AUKU, sejak dahulu lagi pembangkang meminta agar akta ini dimansuhkan. Kononnya ia mengongkong mahasiswa universiti untuk bersuara. Tidakkah pembangkang melihat bahawa sebenarnya akta inilah yang telah membawa kecemerlangan kepada negara dan pelajar-pelajar universiti. Akta ini berjaya membentuk generasi mahasiswa yang berani, berketrampilan dan bijak berfikir.
Menteri menjelaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU tetapi akan ditambahbaik demi kebaikan mahasiswa, universiti dan negara khasnya.
1 comment:
Bersetuju.
This Act is still very much RELEVANT.
Post a Comment