Monday, August 18, 2008

DSAI juga patut bersumpah

Dengan nama Allah S.W.T Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI. Beliau bersumpah sambil memegang Al-Quran serta mengadap kiblat disaksikan bapanya dan salah seorang Imam Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Saiful Bukhari telah mengotakan janjinya untuk berbuat demikian demi menegakkan hak dan keadilan terhadap beliau agar tidak lagi difitnah dan dicemuh penyokong DSAI yang mendakwa pendedahan itu sebagai karut dan semata-mata ingin mengaibkan DSAI.

Oleh yang demikian saya amat berharap agar DSAI turut membuat akuan bersumpah bahawa dirinya tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut sekali gus dapat membersihkan namanya di mata masyarakat. Selagi DSAI tidak bersumpah selagi itulah masyarakat akan mempercayai bahawa berita tersebut adalah benar. Jika tidak bersalah, Anwar Ibrahim tidak perlu takut dan gusar. Tiada apa-apa perkara yang akan berlaku terhadap beliau dan seluruh keluarganya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya.
Kepada para penyokong DSAI, mohonlah pemimpin anda membuat akuan bersumpah seperti mana Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saya percaya anda sekalian sayangkan beliau, maka pujuklah beliau untuk menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil.

No comments: