Friday, August 1, 2008

Tanding PR Kecil Permatang Pauh: DSAI Alih Perhatian Kes Liwat

Anwar Ibrahim masih tidak puas-puas bersandiwara...

Keputusan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 1999 tidaklah terlalu mengejutkan. Ramai yang telah menduga dari awal lagi bahawa beliau akan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas keluar daripada tahanan penjara. Cuma rakyat menunggu masa sahaja bila ianya akan berlaku. Sementelah lagi itulah kerusi atau kubu kuat untuk Anwar Ibrahim bertanding semula.

Anwar Ibrahim pula seolah-olah cuba mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan isu kes liwatnya yang hangat umpama 'goreng pisang panas' atau kes 'yang terhangat di pasaran'. Beliau mungkin beranggapan apabila sibuk berkempen untuk bertanding Pilihan raya Kecil Permatang Pauh nanti, rakyat akan lupa terhadap kes sodomi tersebut.
Sebenarnya tidak semudah itu. Masyarakat Malaysia kini bukan lagi berfikiran masih di takuk lama. Semuanya bijak-bijak belaka dalam menilai dan memperhalusi sesuatu perkara. Umum mempertikaikan mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian DNA. Jika beliau benar-benar tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu, beliau tidak seharusnya takut.

Sesungguhnya keputusan beliau untuk bertanding ini adalah terlalu tergesa-gesa dan Anwar kini dilihat tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...




No comments: