Bekas kawan baik DSAI, Datuk S.Nallakaruppan memaklumkan bahawa semasa DSAI memegang jawatan nombor dua Negara dahulu (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan), beliau telah meminta dan mengguna pakai wang magnum sebanyak RM60 juta. Jumlah yang sangat besar, entah apa yang dibuatnya dengan nilai sebanyak itu. Adakah untuk kebajikan rakyat atau masuk koceknya sendiri? Apa program atau projek pembangunan yang telah dilaksanakan dengan wang tersebut?
Tidak disangka-sangka dalam pada beliau menuding jari menyalah dan menghentam pemimpin-pemimpin Kerajaan yang kononnya bersikap tiris dalam mengurus hal ehwal dana Negara, beliau juga dalam diam-diam mengaut hasil untuk kepentingan diri sendiri.
Luarannya beliau bersikap seperti orang alim, pandai berkhutbah, menjadi imam, lancar membaca Al-Quran dan Hadis, tetapi inilah peribadi beliau yang sebenar. Banyak lagi kepincangannya yang akan dikorek dan didedahkan dari semasa ke semasa.
Bangunlah dari tidur yang lena wahai pengikut-pengikut taksub Anwar! Beliau bukanlah pemimpin yang layak anda sokong dan sanjungi.
Jangan biarkan impian Anwar Ibrahim untuk menuju ke Putrajaya tercapai. Mengundilah dengan bijak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku pun tak pasti kenapa benda-benda ini semua keluar ketika waktu nk pilihanraya kecil permatang pauh, hakikatnya penduduk di permatang pauh tidak termakan dengan ini semua.
Post a Comment