Friday, August 1, 2008

Kerajaan teliti harga minyak - PM

PUTRAJAYA 1 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan mengenai harga minyak di negara ini.
Beliau berkata Kabinet sudah berbincang mengenai perkara itu dan kerajaan masih meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum membuat pengumuman.

“Kalau boleh lah ni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak. Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini ketika ditanya bila ia akan diturunkan.

Tanpa menyatakan komitmennya sama ada harga minyak akan diturunkan, Abdullah berkata: “Sabarlah” apabila ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu.

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuatkuasa 4 Jun. Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar US$140 (RM457.80)setong tetapi kini telah turun sekitar US$122 setong.

Rabu lepas, beberapa menteri memberikan bayangan harga minyak di negara ini mungkin diturunkan ekoran penurunan harga minyak dunia. — BERNAMA
**********************************************************************
Harga minyak mentah dunia telah turun daripada USD140 setong kepada USD122 setong. Harap-harap Kerajaan juga dapat menurunkan harga minyak di negara kita, tak banyak, sikit pun jadilah.
Apapun terima kasih kepada Kerajaan dan para pemimpin negara kerana begitu cepat dan peka dalam menangani isu semasa dengan pendekatan mengambil kira kepentingan rakyat jelata.

1 comment:

PAHLAWAN MALAYSIA said...

Tuan! nak sabar macam mana. Berapa banyak lagi duit nak saya keluarkan untuk beli minyak. Tuan orang kaya tak apa la.

Saya orang kampung tak berkemampuan. Rakyat dah tak tahan dah. Kalau cam ni, macam mana saya nak sokong kerajaan.