Saya rasa terpanggil untuk mengulas sedikit tentang laporan dalam Buletin Utama TV3 malam tadi. Dilaporkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat begitu 'mengambil berat' hal ehwal rakan baiknya, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) lebih-lebih lagi berhubung kes liwat beliau yang terbaru ini. Kononnya meminta agar Malaysia tidak tersalah mengadili kes Anwar. Jelas kelihatan DSAI dan kerajaan Amerika Syarikat sudah sekian lama menjalin hubungan yang sangat akrab. Walaupun kita tidak tahu apakah bentuk kesepakatan yang terjalin di antara mereka, namun harap-harap tidaklah sampai memusnahkan nasib bangsa sendiri dan negara berdaulat ini.
Seharusnya juga Amerika Syarikat tidak campur tangan atau lebih sudu dari kuah dalam memberi pandangan berhubung isu-isu dalaman negara Malaysia khasnya dan negara-negara lain juga. Setiap negara punya cara atau pendekatan tersendiri dalam menangani masalah atau konflik dalaman negara masing-masing. Usahlah hendak tunjuk taring kerana memiliki kuasa yang hebat...
1 comment:
Kesian Anwar..nak baik sikit dengan AS pun tak boleh.
Sebenarnya kan gay ni banyak di AS..sebab itulah AS nak ambil Anwar sebagai ahli seumur hidup kerana AS tau Anwar boleh memainkan peranan dengan lebih mantap.
Post a Comment