Wednesday, September 17, 2008

Anwar masih berdolak-dalik tubuh kerajaan baru

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan ura-ura pembentukan kerajaan baru oleh parti pembangkang hanyalah mainan politik Anwar Ibrahim untuk mencetuskan suasana yang tidak baik kepada rakyat bagi menampakkan negara seolah-olah tiada kestabilan politik. Rakyat tidak seharusnya terus membincangkan perkara tersebut kerana dijamin Kerajaan BN yang memerintah sejak dahulu lagi adalah masih kekal, utuh dan berkuasa dalam menerajui negara. Apa yang menjadi keutamaan, rakyat perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam sidang media semalam, Anwar Ibrahim (DSAI) menyatakan bahawa beliau telah ada senarai nama 31 orang ahli Parlimen BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat dengan kata lain ingin melompat parti. Kononnya jaminan persetujuan mereka itu adalah secara lisan dan bertulis.

Namun sehingga hari ini Anwar masih tidak mahu mendedahkan senarai tersebut. Jika perkara ini benar, mengapa beliau tidak menubuhkan kerajaan baru seperti yang dicanang-canangkan. Mengapa pula tarikhnya boleh dipinda-pinda.

Terbaru, Anwar telah menetapkan empat syarat kononnya bagi memastikan proses peralihan kuasa berjalan secara aman. Satu lagi taktik Pakatan Rakyat dalam mempengaruhi minda masyarakat bahawa mereka benar-benar akan menubuhkan kerajaan baru sekali gus menjadi alasan penangguhan omongan kosong mereka.

Sungguh jelas, Anwar Ibrahim berangan-angan seperti Mat Jenin. Juga sanggup berbohong demi mempopularkan dirinya.

2 comments:

waritarakyat said...

Bagi saya DSAI perlu dihukum oleh rakyat kerana menipu. Dari dulu hingga sekarang tak ubah macam dulu. lupakanla saja mat jenin...

kulaan said...

teresa Kok yang diagungkan oleh kafiq laknat itu adalah satu ancaman kepada orang Islam ...kemana pergi mereka yang dahulu berani tetapi sekarang kecut perut...kata pandai dalam segala hal seperti seni silat,persenjataan...semua kecut telur