DSAI dan partinya (PKR) masih lagi bermimpi di siang hari. Kononnya PKR akan menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan baru pada 16 September ini dengan menumbangkan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Angan-angan tanpa sedar beliau ini telah diuar-uarkan ke seluruh negara bahkan juga ke negara jiran.
PKR dan DSAI perlu berpijak di bumi yang nyata. Bukan sebegitu mudah untuk membentuk sebuah kerajaan baru tanpa proses pilihan raya dan melalui undian rakyat. DSAI tidak habis-habis menyatakan bahawa ramai pemimpin BN akan lompat parti bagi mencukupkan korum PKR membentuk kerajaan sekali gus beliau dapat menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008.
Walhal para pemimpin BN telah menyatakan rasa sokongan teguh yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Pak Lah dan sama sekali mereka tidak akan melompat parti, membuat sesuatu yang tidak bermoral seperti itu.
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dan menentang pemimpin-pemimpin BN yang ingin melompat parti demi kerana wang dan kuasa. Jelas kelihatan parti gabungan Pakatan Rakyat ini sendiri tidak redha jika DSAI menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baru.
Terbukti dakwaan DSAI ini merupakan satu pembohongan kepada rakyat kerana ingin menutup cerita perbicaraan kes peribadinya yang akan didengar semula pada hari lusa
(10 Sept.). Cerita dongeng 16 September ini digembar-gemburkan jelas sebagai helah menutup isu tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sebenarnya DSAI boleh di bagi gelaran tok dalang atau tukang karut dalam bahasa kelantan.
Dia memainkan watak yang cukup elok dalam dongeng yang beliau cipta. Dongeng yang paling popular ialah 'dongeng katak". Cerita katak yang beliau canang2kan cukup hebat. Kononnya ahli BN sabah sarawak adalah calon katak2 beliau.
Sya tak sanggup ada pemimpin katak di negeri saya(sarawak) dan tegas lagi saya nyatakan kami rakyat sarawak akan tumbangkan kerajaan katak anadai katak jadi pemimpin kami...ingat kata2 ini..Pemimpin adil pemimpin ku sembah..pemimpin jahil pemimpin ku sanggah!
Post a Comment