Dipetik dari: http://anginperubahan.blogspot.com/
Anwar Ibrahim terus menerus berangan hendak menjadi Perdana Menteri lagi. Sesudah tiga kali ramalannya untuk menjadi PM tidak menjadi iaitu pada 16 September, 23 September dan 1 Oktober. Anwar menetapkan pula tarikh yang keempat iaitu pada 8 Disember 2008, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas ini akan ada tarikh yang lain pula kalau tidak jadi 8 Disember?
Anwar mengumumkan tarikh 8 Disember dalam satu ceramah Perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu. Saksinya ialah Husam Musa dan Nik Aziz Nik Mat. Apa akan berlaku jika tarikh yang keempat ini juga tidak menjadi kenyataan? Apakah Anwar akan terus menerus menyalahkan pihak lain sebagai kegagalannya untuk menjadi PM?
Sehingga kini Anwar masih belum lagi menyahut cabaran PAS untuk mengemukakan senarai nama 31 orang ahli parlimen yang bakal melompat. Sampai bila orang orang PKR dan PAS akan terus mempercayai Anwar? Mengapa beriya iya benar Anwar hendak menjadi PM? Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihan raya umum seterusnya? Seharusnya daripada terus berangan angan hendak menjadi PM, Anwar laksanakan dulu tanggungjawab sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Angan-angan ni akan terus di bawa oleh Bro Anwar kerana mimpi beliau tak pernah habis....
Bungaraya berkata-kata..
Teruslah berangan-angan dengan menentukan tarikhnya sekali. Biar seribukah, dua ribukah tarikh yang anwar tentukan. Mana tau sautu ketika nanti jadi.
Kalau macam tu aku pun pandai.
Post a Comment