Thursday, October 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%


IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

Sumber: Utusan Malaysia (16 Oktober 2008)

****************************************

Inilah konsep 'negeri berkebajikan' hadiah daripada Pakatan Rakyat kepada rakyat negeri Perak. Kadar cukai pintu naik begitu mendadak dan tidak munasabah. Keadaan ini adalah berbeza sama sekali ketika BN berkuasa di Perak. Nampaknya Pakatan Rakyat begitu rakus menindas para pengundinya sendiri. Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

Anonymous said...

Bungaraya berkata.
Bukan saje di Perak, malah keadaan yang sama sedang rancak berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Di Kedah kurang berlaku kerana negeri itu di perintah oleh PAS. Begitu juga dengan di Kelantan kerana pemerintah mereka tidak menumpukan kepada dunia semata.
Yang kita sangat sensitif ni ialah apabila kepentingan bangsa lain tidak diambil kira dalam memerintah satu-satu negeri. Dalam ucapan ya tapai dalam tindakan tidak. PR nampaknya cuba untuk memenangi hati kaum cina dan India. Itu Ok. Tapi dengan menyinggong hati kaum melayu? itu tidak OK.