Monday, December 1, 2008

Kandang Babi: Nikmat Untuk Semua?



Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua", beginilah motto kerajaan PAS Negeri Kedah sejak mengambil negeri itu. Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah telah membuat kejutan besar kepada pengundinya di Kedah. Tapak seluas 162 hektar akan dibangunkan sebagai ladang babi moden di Bukit Selambau, Kedah. Sejumlah 46,000 ekor babi akan diternak dalam kawasan tersebut. Ladang babi ini akan dibuka sekiranya tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan. Kalau ada bantahan, hendak teruskan juga?

Entah mengapa, PAS di Kedah dilihat seolah terdesak sangat untuk membuka kandang babi ini. Kalau tidak buka, tidak bolehkah? Mengapa harus mengikut langkah kerajaan PKR Selangor yang membuka kandang babi bernilai RM100 juta di Sepang? Jika hendak berlaku adil kepada semua sekalipun, mengapa sampai perlu membuka kandang babi untuk tujuan tersebut. Banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk memberikan "nikmat kepada semua".

Dipetik dari: http://anginperubahan.blogspot.com

***********************************************

Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS, PKR dan DAP memang gemar mencetus kontroversi. Lepas satu isu, satu lagi isu dibangkitkan, yang mana boleh mengundang kemarahan rakyat. Cadangan kerajaan PAS di Kedah untuk membuka ladang babi yang dikatakan akan diternak secara in house ini bukanlah suatu nikmat yang didambakan oleh rakyat Kedah khususnya orang Melayu setelah memangkah mereka dalam PRU 12 yang lalu. Tidakkah PAS sedar perkara-perkara yang berkaitan babi amat sensitif untuk diterima oleh umat Melayu/Islam.

Banyak lagi perubahan yang boleh diberikan kepada rakyat Kedah seperti daripada segi pembangunan dan meningkatkan ekonomi negeri. PAS dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi negeri yang ditakluknya. Apa yang jelas dilihat ialah PAS berada jauh di belakang PKR dan DAP. Kemunculan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah untuk mencukupkan korum parti gabungan tersebut dan memancing undi pengikut-pengikut PAS bagi memantapkan pengaruh PR.

1 comment:

bungaraya said...

Nak percaya tapi tak boleh.
Hati ku berkata, MB kedah hanya bersendiwara. Beliau hanya mahu melihat reaksi awam/rakyat dibawah pemerintahannya, macamana jika Kedah mengikut cara Selangor. Aku yakin setelah mendapat maklum balas, MB akan mengubah keputusannya.
Beliau takut untuk mengatakan yang sebenarnya bahawa beliau dan PAS kedah tidak mahu kadang babi spt diSelangor. Tapi nak mengeluarkan kata sedemikian juga membawa makna akan mendapat pukulan teruk dari rakan sekomponennya, DAP. Jadi hanya satu cara ialah menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat dengan cara seperti yang beliau lakukan. Itu kata hatiku.