Thursday, December 18, 2008

Mahal, tak jadi beli Soyuz



KUALA LUMPUR - Faktor harga yang terlalu mahal mendorong kerajaan melupakan rancangan membeli kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pulang ke Bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun lepas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili berkata, kerajaan tidak berhasrat meneruskan pembelian tersebut memandangkan kapsul Soyuz itu tidak memberi manfaat besar kepada negara.

"Pembelian tersebut telah digugurkan kerajaan, kerana ia melibatkan kos tinggi dan manfaatnya tidak terlalu besar untuk kita melaburkan wang yang banyak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Azizah Abdul Samad pada persidangan Dewan Negara semalam.

Sumber: Kosmo (18 Dis. 2008)

1 comment:

waritarakyat said...

Jika pembelian kapsul Soyuz TMA-10 tidak menguntungkan setelah dibuat analisis, lebih baik rancangan itu dibatalkan keputusan yang dibuat oleh Datuk Maximus Ongkili itu adalah langkah yang bijak.

Drpd;
http://suratrakyat.blogspot.com