Monday, December 22, 2008
PRK Kuala Terengganu (P36) Pada 17 Januari '09
Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kian terasa. Meskipun penamaan calon akan dilakukan pada 6 Januari depan, namun rakyat semakin hebat bercakap mengenainya.
BN telah mempertaruhkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) untuk dipilih pengundi pada 17 Januari akan datang. Di pihak pembangkang, Pakatan Rakyat bersetuju untuk menyerahkan kerusi parlimen itu kepada PAS. Walau bagaimanapun calonnya belum lagi diputuskan.
Desas-desus menyatakan bahawa PAS keliru untuk meletakkan nama calon-calonnya kerana orang yang disukai oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu Mat Sabu tidak mendapat sokongan disebabkan beliau adalah orang luar. Kononnya penyokong-penyokong PAS hanya mahukan orang tempatan sebagai calon mereka. Dilihat pemimpin-pemimpin PAS sendiri sukar untuk membuat keputusan dan memilih yang terbaik bagi mendokong perjuangan parti mereka. Semangat asabiyah (kenegerian) mereka begitu menebal kerana menolak Mat Sabu tanpa mengambil kira latar belakang pengalaman, kejayaan dan populariti Mat Sabu di kalangan pengundi-pengundi.
PAS sering menguar-uarkan bahawa tiada konsep diskriminasi dalam perjuangannya. Semua orang akan dilayan sama rata. Tetapi kini lihatlah. Mat Sabu tetap diiktiraf sebagai orang luar meskipun banyak menabur jasa kepada parti PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapa tiba-tiba PAS mengamalkan semangat kedaerahan sehingga menolak Mohd Sabu? Rakyat yang menyokong PAS tak boleh bersemangat daerah kerna ianya bertentangan dengan ISLAM. Sesiapapun jua, jika ia Islam, orang Penangkah, Kelantankah, Johorkah atau dimanapun jua asal usulnya, penyokong PAS kenalah reda dan rela sepenuhnya.
Saya cadangan Pesuruhjaya PAS Sabah sebagai calun di KT.
Post a Comment