Wednesday, November 26, 2008

Mahasiswa Lelaki Semakin Pupus?

MP Rembau pada hari ini di Dewan Rakyat mengulangi soalan berkisar ketidakseimbangan jumlah mahasiswa (pelajar lelaki) berbanding mahasiswi (pelajar perempuan) di IPTA. Soalan beliau diperjelaskan oleh MP Tangga Batu (Tim. Menteri Pengajian Tinggi).

MP Tangga Batu memaklumkan bahawa statistik mahasiswa lelaki dan perempuan di IPTA adalah kompetitif. Ini adalah kerana laluan bagi memasuki IPTA adalah terhad bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Bilangan mahasiswi adalah sebanyak 61% manakala pelajar lelaki hanya sebanyak 39%. Jurang ini adalah disebabkan pelajar perempuan lebih menunjukkan kecemerlangan ketika di sekolah menengah. Justeru itu, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di IPTA dalam kursus pengajian ijazah sarjana muda.

Walau bagaimanapun bagi kursus pengajian PHD, pelajar lelaki lebih mendominasi IPTA. Begitu juga di Politeknik dan di kolej-kolej komuniti. Pelajar lelaki lebih mendapat tempat kerana mereka lebih berminat dalam bidang-bidang kemahiran dan amali.

MP Tangga Batu turut menegaskan bahawa bilangan pelajar perempuan yang ramai di IPTA bagaimanapun tidak akan menjejaskan peluang pelajar lelaki untuk menceburi kerjaya di peringkat profesional.

Pada saya, topik berkaitan gender ini memang menarik untuk diperdebatkan kerana ia secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kaum wanita di Malaysia semakin maju dan berdaya saing. Ramai wanita yang telah berjaya dan mengecap kejayaan lebih daripada kaum lelaki. Tidak dinafikan golongan perempuan memang sejak dari zaman dahulu lagi memiliki otak yang pintar namun disebabkan oleh beberapa kekangan dan faktor keluarga, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pada masa itu.

Apapun senario bilangan pelajar perempuan melebihi lelaki di pusat pengajian tinggi merupakan fenomena global dan biasa kerana kajian jumlah penduduk dunia menunjukkan bilangan wanita adalah lebih ramai daripada lelaki.

1 comment:

bungaraya said...

Okay saja. Antara alasan yang kenampakan boleh diterima pakai, kenapa perempuan lebih dari lelaki dalam kemasukan ke IPTA adalah:-
1. Perempuan lebih cerdik berbanding lelaki dalam peratusannya.
2. Perempuan lebih bersikap mulia dan kurang nakal daripada lelaki. Mereka banyak menghabiskan masa untuk pelajaran sedangkan ramai lelaki yang bersikap nakal dan membuang masa dengan perkara-perkara di luar rumah semasa remaja.

Ingat, jika suatu masa nanti, perempuan sudah mula ramai yang nakal dan membuat perkara yang bertentangan dengan agama, seperti umpamanya maksiat, hisap dadah, suka berpoya-poya, gatal dan melihat blue filem maka ketika itu kalak, ramail;ah lelaki didalam IPTA berbanding wanita.