Tuesday, November 11, 2008

Roti canai, teh tarik turun 10 sen, nasi turun 20 sen

KUALA LUMPUR: Dua persatuan pengusaha restoran yang mempunyai 4,500 ahli di seluruh negara bersetuju menurunkan harga roti canai dan teh tarik sebanyak 10 sen, manakala set hidangan nasi kandar dikurangkan 20 sen.

Setakat ini, 200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Lembah Klang sudah menurunkan harga makanan dan minuman itu mulai semalam.

Serentak itu, persatuan berkenaan melancarkan kempen menggalakkan ahlinya di seluruh negara menurunkan harga barangan makanan dan minuman itu.

Kempen itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad di Restoran Syed Bistro, Bangsar di sini, semalam.

Presiden Presma, Jamarulkhan Kadir, berkata penurunan harga tiga menu itu dibuat bagi menyahut seruan kerajaan.

“Ini tidak ada kaitan dengan penurunan harga minyak, sebaliknya lebih bersifat keprihatinan pengusaha,” katanya.

Timbalan Presiden Primas, T Muthusamy, pula berkata penurunan harga itu diharap dapat membantu mengurangkan beban orang ramai berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.

Sumber: Berita Harian (11 Nov. 2008)

**************************************

Citra Adora:

Berita yang agak menggembirakan. Namun lebih banyak mendukacitakan kerana penurunan harga barang makanan ini tidaklah menyeluruh. Bukan semua restoran atau pengusaha-pengusaha yang bertindak seperti ini.

Seruan dan kempen kerajaan agar peniaga menurunkan harga barang dan perkhidmatan masih kurang mendapat sambutan daripada ramai peniaga meskipun harga minyak petrol dan diesel telah empat kali mengalami penurunan.

Dilihat para peniaga hanya cepat bertindak untuk menaikkan harga barang apabila harga minyak naik tetapi apabila keadaan bertukar sebaliknya mereka lebih suka mendiamkan diri. Keluh-kesah orang ramai perihal harga barang tidak diturunkan tidak mendapat respon positif daripada mereka.

Rata-rata menyatakan mereka tidak dapat menurunkan harga barang kerana stok-stok lama yang dibeli ketika harga minyak mahal masih ada dan ini akan merugikan perniagaan mereka. Jawapan yang sukar untuk diterima pakai kerana harga minyak telah banyak kali turun beberapa bulan kebelakangan ini tetapi mengapa pula harga barang sedikit pun tidak pernah turun walaupun sedikit amaunnya?

Para peniaga perlu mempunyai sifat keprihatinan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Malaysia. Jangan terlalu mementingkan keuntungan dan kekayaan duniawi semata-mata.

3 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Dah konsep orang nak berniaga untung tetap menjadi matlamat utama...ibadah perkara kedua (tapi bukan semualah peniaga macam nikan)...

Kat Sabah lagi lah mana ada turun para peniaga tetap kekalkan harga semasa kenaikan harga minyak hari tu.. Tension jugak Sumandak ape tak beban rakyat yang masih lagi belum turun gak... harap adalah pihak yang bertanggungjawab buat pemantauan segera.....

bungaraya said...

Saya nak bercerita satu kisah yang mengambarkan betapa tamaknya para peniaga di Malaysia. Lebih kusus lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.
Dulu saya seorang perniaga spare part motokar dan motosikal. Untuk membeli bekalan kadang tu saya pergi ke Singapura. Masa tu Bekalan Di singapura jauh lebih murah dari mana-mana kawasan di kepulauan Nusantara ini. Bila saya bandingkan setelah kembali ke Labuan, masyallah mahalnya spare-part yang terjual dipasaran Labuan.
Keuntungan kepada satu satu jenis spare-part boleh mencapai 100%. Bayangkanlah.
Bukan kerana kenaikan harga bahan mentah dan pengangkutan semata. Kenaikan harga barangan berkaitrapat dengan jiwa para peniaga. Kononnya kerajaan yang tak buat kerja. Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

silalah melayari chilliriver.blogspot.com selalu.